KUCHING: Situasi banjir di kawasan selatan Sarawak mencatatkan pertambahan jumlah mangsa dan pusat pemindahan sementara (PPS), setakat 5.30 petang tadi.
Berdasarkan laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN), jumlah PPS di negeri itu meningkat kepada tiga berbanding dua pada pagi tadi susulan pembukaan PPS Dewan Masyarakat Stapok, di sini lewat tengah hari.
Menurut JPBN Sarawak jumlah mangsa banjir meningkat kepada 191 orang daripada 54 keluarga berbanding 18 orang daripada enam keluarga tengah hari tadi.
"Buat masa ini, dua PPS melibatkan kawasan Kuching iaitu Dewan Kampung Sinar Budi Baru dan Dewan Masyarakat Stapok yang masing-masing menempatkan 34 dan 135 mangsa.
"Satu lagi PPS diaktifkan di Bau iaitu Dewan Kampung Segong yang menempatkan enam mangsa," menurut laporan itu hari ini.
Hujan berterusan sejak 3 pagi tadi mengakibatkan beberapa kawasan di selatan negeri itu mengalami banjir.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 16 2024
Menurut JPBN Sarawak jumlah mangsa banjir meningkat kepada 191 orang daripada 54 keluarga berbanding 18 orang daripada enam keluarga tengah hari tadi. - Gambar fail/Bernama
Warga Australia dipindahkan, lega pulang ke tanah air
Warga Australia yang dipindahkan dari New Caledonia yang mengalami rusuhan maut selama seminggu. memberitahu media tempatan mereka lega sebaik sahaja kembali ke tanah air pada Selasa.
Menteri ada rekod jenayah letak jawatan
Seorang Menteri Thailand, Pichit Chuenban, pada Selasa meletakkan jawatan selepas tertakluk kepada aduan undang-undang daripada senator yang boleh membawa kepada pemecatan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin atas pelantikannya.
Keranda bawa jenazah Raisi tiba di Tehran
Pegawai dan tokoh agama Iran menerima keranda Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan beberapa individu lain di Tehran, dalam satu majlis pada Selasa.
PMX ke Jepun bermula Rabu, pertama kali sertai Persidangan Nikkei sebagai Perdana Menteri
Wisma Putra dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, PM Anwar menyertai persidangan tersebut atas jemputan Nikkei Inc. dan ia merupakan penyertaan pertama beliau sebagai Perdana Menteri.
Beri tumpuan kepada pelaburan dalam negeri - Dr Jomo
Kerajaan perlu memberi galakkan kepada pelaburan dalam negeri dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Mat Sabu wakili Malaysia ke Iran, hadiri pengebumian Presiden Raisi
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan ke Iran bagi mewakili Malaysia untuk menghadiri pengebumian Presiden Iran, Almarhum Ebrahim Raisi.
Tumpuan Rabu – 22 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jemaah Menteri setuju laksanakan penyasaran subsidi diesel
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu tidak melibatkan pengguna Sabah dan Sarawak kerana penduduk di sana kebanyakannya menggunakan diesel untuk urusan seharian.
Kerajaan bakal jimat RM4 bilion setahun
Jelas Perdana Menteri, dengan penyasaran subsidi diesel tersebut, jumlah penjimatan kepada kerajaan adalah dijangka sekitar 4 bilion ringgit setahun.
Satu langkah berani diambil kerajaan
Penasihat Penyelidikan Khazanah Research Institute, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram menyifatkan pelaksanaan penyasaran subsidi ke atas bahan api termasuk diesel disifatkan satu langkah berani diambil kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mangsa banjir di Perak menurun pagi ini, 100 mangsa masih di PPS
Lima pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di dua daerah terjejas iaitu empat di Taiping dan satu di Kuala Kangsar.
Banjir kilat di Perak dan Kedah, 615 mangsa masih berlindung di PPS
Keseluruhan mangsa yang masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri itu adalah sebanyak 615 orang setakat petang ini.
Mangsa banjir di Perak meningkat kepada 537 orang
Mangsa banjir di tiga daerah di Perak meningkat kepada 537 orang daripada 152 keluarga pada jam 4 petang Jumaat.
Tiga daerah di Perak dilanda banjir kilat, 150 mangsa dipindah ke enam PPS
Setakat 8 pagi ini, empat PPS dibuka di daerah Taiping, sebuah di daerah Hilir Perak dan sebuah di daerah Kuala Kangsar.
Banjir kilat: 133 mangsa dipindahkan ke dua PPS di Kedah
Semua mangsa yang dipindahkan melibatkan 31 keluarga iaitu di daerah Kulim dan Bandar Baharu dipindahkan sejak jam 4 pagi tadi.
Banjir kilat: 106 mangsa dipindahkan ke lima PPS di Perak
Seramai 106 mangsa dari 33 keluarga telah ditempatkan di lima PPS di tiga daerah iaitu Hilir Perak, Larut Matang Selama dan Kuala Kangsar.
Banjir pulih, PPS Kota Tinggi ditutup
Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang yang dibuka untuk kemudahan mangsa banjir di persekitarannya semalam telah ditutup pada pukul 2.30 petang tadi.
Mangsa banjir di Kota Tinggi kekal 300 orang
Kesemua mangsa yang terjejas merupakan penduduk dari Kampung Temenin Baru dan Kampung Desa Makmur.
300 penduduk Kota Tinggi ditempatkan di PPS akibat banjir
Seramai 300 penduduk daripada 69 keluarga di daerah ini ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka akibat banjir yang berlaku tengah hari tadi.
Mangsa banjir di tiga negeri menurun - NADMA
Jumlah mangsa banjir menurun kepada 759 mangsa yang ditempatkan di enam pusat permindahan sementara setakat 6 pagi tadi.